Kami Prihatin Keperluan Anda!

Layari Namida Holdings. Kami Kekalkan Keaslian & Kualiti. Kaya Dengan Vitamin C dan Beta-Karoten. 100% Roselle Tulen. Cubalah Sendiri!

Monday, June 28, 2010

Promosi @ Ole-Ole Shopping Centre 25-27 June 2010

Sekali Lagi Namida Holdings Mengadakan Promosi Di Ole-Ole Shopping Centre Seksyen 18 Shah Alam selama 3 Hari. Sambutan Amat Menggalakkan Sejak Hari Pertama, Jumaat 25 June 2010 Orang Ramai Berpusu-Pusu Ingin Mengetahui dan Berminat Untuk Menguji Sendiri Kehebatan Teh Uncang Roselle, Mengkudu dan Pegaga Kami.

Sepanjang 3 Hari Promosi, Sebanyak 263 Kotak Telah Berjaya Dijual Termasuk Repeat Order Dari Pelanggan-Pelanggan Kami Yang Lepas. Terima Kasih Kepada Warga Shah Alam di Atas Sokongan Yang Tidah Berbelah Bahagi, Terima Kasih Juga Rakan-Rakan Facebook Namida Yang Turut Hadir Memeriahkan Booth Kami. Jumpa Lagi!

Wednesday, June 23, 2010

My Halal Bazaar Tesco Shah Alam Di Batalkan!

Salam, Pihak Tesco Telah Membatalkan MY HALAL BAZAAR Pada 25 June-4 July 2010 Seperti Yang Kami Nyatakan Sebelum Ini. Segala Kesulitan Amat Kami Kesali... Bagaimanapun, Kami Akan Teruskan Promosi Kami di Ole-Ole Shopping Centre Pada 3-4 Julai 2010 seperti biasa dari jam 10am-10pm.

Friday, June 18, 2010

My Halal Bazaar Tesco Shah Alam

Event : My Halal Bazaar Tour With Tesco
Venue : Perkarangan Tesco Seksyen 13, Shah Alam
Date : 25 June - 4 July 2010
Time : 10.00 am - 10.00 pm

Jumpa kami disana!

Set Istimewa Victoria Secret








Barangan Victoria Secret dijual dalam bentuk set. Sesuai dijadikan hadiah buat yang istimewa.
Harga pengenalan, RM 190 termasuk penghantaran.
Terdapat pelbagai pilihan kotak-kotak menarik untuk pilihan anda buat yang tersayang.

Thursday, June 17, 2010

Namida Kini Mempromosikan 5 Jenis Wangian Terlaris Victoria Secret!

Sweet Daydream by Victoria Secret
Secret Charm by Victoria Secret


Berry Kiss by Victoria Secret

Pure Seduction by Victoria Secret

Love Spell by Victoria Secret

Tuesday, June 15, 2010

My Halal Bazaar Tesco Shah Alam

Event : My Halal Bazaar Tour With Tesco
Venue : Perkarangan Tesco Seksyen 13, Shah Alam
Date : 25 June - 4 July 2010
Time : 10.00 am - 10.00 pm

Thursday, June 10, 2010

June Promotion!

Jualan Penghabisan Stock Bermula June Ini.
Set Istimewa
Roselle, Mengkudu & Pegaga 3 in 1

Semenanjung :
Harga Asal : RM 63.70
Harga Promosi : RM 50.00
Jimat : RM 13.70
Penghantaran Percuma!

Sabah/Sarawak/Brunei :
Harga Asal : RM 81.70
Harga Promosi : RM 65.00
Jimat : RM 16.70
Penghantaran Percuma!

Monday, June 7, 2010

Khasiat Daun Pegaga

PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar. Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.

Terdapat pelbagai jenis pegaga yang boleh didapati di pasar seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga berdaun lebar, kelantan, renek dan salad. Dahulu pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung justeru kegunaannya juga amat terhad.

Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai. Masyarakat melayu selalunya menjadikan pegaga sebagai ulam bersama sambal dan nasi. Di Sri Lanka pula pegaga dijadikan bubur dan diberikan pada kanak-kanak pra sekolah untuk menghalang kekurangan nutrien. Kini masyarakat semakin sedar tentang khasiat pegaga dan tumbuhan berkenaan makin mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna.

Semua jenis pegaga mempunyai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamain A dan C. Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut dan melicin dan menyihatkan kulit. Dalam perubatan tradisional pula, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah dan sebagainya. Minum tonik pegaga pula boleh menghalang proses penuaan.

Pegaga juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut, menyembuhkan ulser perut atau usus dan penyakit kusta. Biasanya pegaga diambil secara segar sebagai ulaman, minuman untuk menyejukkan badan dan tonik untuk kecergasan otak. Pengambilan pegaga secara segar memerlukan bekalan bahan mentah yang berterusan.

Thursday, June 3, 2010

PAMERAN & JUALAN " MY HALAL BAZAAR TOUR WITH TESCO MALAYSIA

Tempat : Perkarangan Tesco Seksyen 13 Shah Alam
(bersebelahan Carlton Hotel)
Tarikh : 25 June hingga 4 Julai 2010
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Thursday, May 27, 2010

Agent Seluruh Malaysia


kami memerlukan lagi agen-agen di bahagian utara semenanjung bagi memenuhi permintaan pengguna-pengguna demi memastikan pengguna kami mendapat khidmat terbaik dan memuaskan.

Peluang perniagaan terbuka kepada semua. Peniaga kecil juga dialu-alukan. Hubungi Namida Holding di talian 03-5191 1333 atau tinggalkan email anda di chatbox, kami akan menghubungi anda.

Monday, May 24, 2010

Senarai Agen Seluruh Malaysia



Melaka - Tuan Hj.Johan Bin Putih 012-3066479

Klang, Selangor. - Mohd SIdek Hj.Bahazin019-2153698 / 016-3454974

Rawang - Norhashimah 012-6320474

Petaling Jaya - Ustaz Zul 012-3252605

Seremban - Hawa 017-6132935

Batu Caves / Gombak - Liza MKSB 03-61880778

Pulau Pinang - Fauzi 019-2605390

Temerloh, Pahang. - Faizal 012-6485535

Maran, Pahang. - Aida 012-3428473

Batu Pahat, Johor. - Halid Abd.Rahman 019-3772626

Muar, Johor. - Normala Abd.Razak 012-2624040

Skudai, Johor. - As Roslan 013-7061214

Parit Buntar, Perak. - Norsiah 017-5393060

Kuala Terengganu - Fiza 017-9825590

Friday, May 21, 2010

Hilang Lesu, Razak bekerja 12 jam di usia 61 Tahun.

Seorang pesara tentera yang kini bertugas sebagai pengawal keselamat di sebuah kedai emas di shah alam akui kini semakin bertenaga kerana tiada lagi masalah lesu badan. Kencing manis berkurangan dalam masa 21 hari selepas hanya meminum seuncang teh mengkudu yang dibancuh isterinya setiap pagi sebelum beliau memulakan tugas.

Razak berkata, aktiviti masa mudanya yang aktif dan lasak menyebabkan dia kini sering sakit-sakit dibahagian sendi, pinggang dan otot-otot tertentu. Sebelum ini dia hanya meminum susu untuk menguatkan tulang memandangkan dia masih lagi perlu bekerja dan memerlukan tenaga yang banyak, patah lagi beliau bekerja untuk tempoh masa yang lama bagi warga emas sepertinya iaitu 12 jam sehari.

Razak berkongsi mengkudu ini bersama isterinya yang mengidap darah tinggi. Satu uncang mengkudu dibancuh setiap hari dan mereka minum bersama setiap pagi. selepas 21 hari (uncang), Razak telah memeriksa tahap kencing manisnya dan mendapati telah berkurangan.

Razak gembira menghubungi kami menceritakan perkembangan kesihatannya dan beliau berminat untuk menjadi agent, membantu rakan-rakan seusia yang lain.

Friday, May 14, 2010

Mengkudu rahsia Timah kekal sihat

artikel ini dipetik dari http://kedahlanie.blogspot.com

SANTAN – Seorang warga emas yang sudah mencecah 98 tahun, masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit merbahaya seperti kencing manis dan jantung.
Timah merupakan warga emas tertua dikawasan Kampung Masjid berkata, dia mempunyai rahsia tersendiri dalam soal penjagaan kesihatan tanpa mengamalkan petua atau amalan khurafat untuk memastikan dia kekal sihat hingga ke hari ini.Menurutnya, semasa muda, dia mengambil upah menumbuk padi untuk membesarkan lima anaknya selepas kematian suami.

“Selain mengambil upah menumbuk padi di kawasan sekitar kampung, makcik juga mengerjakan sawah di samping berkebun di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sendiri.“

Kebanyakan tanaman yang ditanam ialah dari jenis ulam dan sayur-sayuran. Ini kerana, tanaman itu merupakan makanan harian kami sekeluarga. Kami sekeluarga lebih suka makan sayur-sayuran yang ditanam sendiri kerana lebih selamat dan tiada bahan kimia.

“Ulam kesukaan makcik ialah buah mengkudu. Setiap petang, makcik akan memetik buah itu untuk dijadikan ulam dan dibuat jus. Walaupun buah mengkudu pahit, namun ia merupakan ubat yang terbaik dalam penjagaan kesihatan,” katanya.

Dalam masa yang sama, anak bongsu Timah, Noh Mad Saman, 65, yang kini menjaganya berkata, semasa membuat pemeriksaan di klinik kesihatan berdekatan, pegawai perubatan mengesahkan ibunya tidak mempunyai sebarang penyakit kecuali masalah mata.

Menurutnya, walaupun terkejut dengan berita itu, namun dia bersyukur kerana ibunya sihat dan dipanjangkan umur jika dibandingkan dengan dirinya yang mempunyai masalah darah tinggi pada usia muda.

“Akibat tidak mahu melakukan pembedahan menyebabkan ibu tidak boleh melihat. Kami pernah membawanya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut berkenaan dengan masalah matanya. Namun ibu menolak untuk melakukan rawatan itu kerana takut. Walaupun umurnya sudah hampir 100 tahun, ibu masih mampu berjalan. Dalam masa yang sama, ibu gemar melayan tetamu yang berkunjung ke rumah untuk melawatnya,”katanya.

Di samping itu, penduduk kampung dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Sabry Ahmad sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan warga emas dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Timah.

Thursday, May 6, 2010

Terima Kasih Warga Shah Alam!

Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Shah Alam di atas sambutan luar biasa yang tidak dijangka. Promosi kami di Ole-Ole Shopping Centre sepanjang 7 hari ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan.

Lebih 400 kotak berjaya dijual dalam masa 7 hari promosi. Terima kasih juga kepada pihak-pihak media yang banyak membantu dalam promosi kami, Mingguan Warta Perdana, Buletin Rakyat, Harian Metro dan Majalah Busines Kini. Tak lupa juga Skuad Produa ERA yang hadir di booth kami sekaligus membuat pengunjung ramai berkunjung ke booth kami.

Promotion kami akan diteruskan lagi di TESCO Shah Alam. Nantikan info terkini kami di website, facebook dan blog. Nikmati ROSELLE percuma kami di promosi akan datang!









Monday, May 3, 2010

Promotion @ Ole-Ole Shopping Centre Shah Alam




Dengan besar hati kami menjemput semua warga shah alam dan kawasan sekitarnya untuk hadir ke Ole-Ole Seksyen 18 menikmati Teh Merah Roselle kami secara percuma. Bertempat di sebelah kedai CROCS dan berhadapan kedai kasut HYPERSHOES. Free Gift menanti anda! 30 April hingga 6 Mei 2010.

Tuesday, April 27, 2010

Promotion @ Ole-Ole Shopping Centre Seksyen 18 Shah Alam 30 April hingga 6 Mei 2010

Sahabat Handai dan Taulan, Jemputlah datang beramai-ramai ke tapak jualan kami di Pasaraya Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam bermula 30 April sehingga 6 Mei 2010 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Seperti biasa, 50 pelanggan pertama akan menerima hadiah misteri dari kami.
Jangan lepaskan peluang! Jumpa kami disana!

Wednesday, April 21, 2010

Pulih Batu Karang dan Melawaskan Pembuangan Air Kecil

keratan akhbar mingguan warta perdana 25 April 2010 muka surat 1.
Pesara Tentera, Sufian Saad, 52, yang menghidap penyakit batu karang dan kencing tidak lawas kini pulih seperti biasa selepas mengamalkan minuman teh merah Roselle.
Sufian berkata, sebelum ini, dia sudah melakukan dua kali kaedah suntikan di hospital bagi mengeluarkan batu karang tetapi penyakitnya itu berulang semula.
"Akhirnya doktor menasihatkan saya menjalani pembedahan mengeluarkan batu karang. Oleh kerana saya takut untuk menjalani pembedahan itu, akhirnya saya mencari altenatif lain bagi merawat penyakit yang saya alami itu".

Sufian berkata, selepas diberitahu oleh seseorang rakan mengenai kehebatan produk teh merah Roselle dia teragak-agak mencubanya.
"Setelah 8 kotak saya mengamalkan minuman teh merah Roselle ia terbukti sungguh mujarab. Saya sungguh kagum batu karang saya dapat dikeluarkan sama seperti saya menjalani suntikan di hospital sebelum ini. Pada masa yang sama, masalah kencing tidak lawas yang sering mengganggu kesihatan juga kembali pulih" katanya.

Sufian berkata, sejak kesihantannya kembali pulih kini dia menjadikan teh merah Roselle sebagai minuman hariannya.

Tuesday, April 20, 2010

Teh Uncang diakui SIRIM

Kami telah menggunakan khidmat dari Chemical & Consumer Section, untuk mendapatkan testing service dari SIRIM Qas International Sdn.Bhd bagi membuktikan bahawa produk kami bermutu tinggi dan tiada sebarang campuran kimia atau bahan pengawet.

Ujian SIRIM Qas Malaysia : Teh Uncang Pegaga
mengandungi 227 energy,kcal, 39.7 carbohydrate, 13.0 protein dan 1.8 fat.

Ujian SIRIM Qas Malaysia : Teh Sauda Mengkudu
mengandungi 245 energy,kcal, 42.5 carbohydrate, 17.0 protein dan 0.81 fat.
Ujian SIRIM Qas Malaysia : Teh Merah Roselle
mengandungi 260 energy,kcal, 58.4 carbohydrate, 5.5 protein dan 0.5 fat.

Friday, April 16, 2010

Promosi @ GIANT Shah Alam 8-14 April 2010

Promosi besar-besaran kami adakan selama 7 hari bertempat di GIANT Shah Alam mendapat sambutan ramai seawal hari pertama.
Dalam usaha memperkenalkan produk minuman organik ini, kami berjaya menarik minat kira-kira hampir 400 orang pelanggan untuk tampil berbincang mengenai masalah kesihatan mereka.

Kebanyakkan mereka mengalami masalah asma, darah, tinggi, kencing manis, sakit lutut, buasir dan gaout.

Kami kongsikan pengalaman kami bersama pesakit-pesakit lain sebelum ini yang telah mencuba produk kami hingga nampak keberkesanannya kepada pelawat-pelawat booth kami selama 7 hari di Giant. Booth tersebut terletak dihadapan pintu keluar Giant, berhampiran dengan kedai emas Wah Chan dan pusat servis MAXIS.

Pada hari tersebut, kami mempromosikan produk-produk kami dengan diskaun-diskaun menarik khas buat pengunjung-pengunjung Giant. Sebanyak 50 sample percuma diberikan kepada pengunjung pada hari pertama. Produk kami juga dijual secara package dengan harga RM40 sahaja (mengandungi ketiga-tiga produk Roselle, Mengkudu dan Pegaga).

Selain itu, harga murah sempena promosi sulong kami di pasaraya besar telah mendapat sambutan hebat dari warga Shah Alam, khasnya pengunjung Giant Shah Alam. Terima Kasih diatas sokongan anda semua!

Wednesday, March 31, 2010

mengapa anda mesti pilih Teh Uncang Namida?

Masyarakat masa kini terdedah dengan pelbagai masalah penyakit dalaman akibat daripada pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan penyakit kronik yang boleh memudaratkan diri dan masa depan.

Menyedari hakikat itu, Pengarah Urusan Namida Holdings, Datuk Hj.Nordin Bin Hj.Ahmad mengambil inisiatif untuk mengusahakan produk pemakanan kesihatan yang dilabelkan dengan jenama Teh Uncang, bertujuan untuk merawat pelbagai penyakit dalaman disamping penjagaan bentuk tubuh yang langsing dan bertenaga.

Teh Merah Roselle.
Mampu meningkatkan stamina serta daya tahan tubuh dan menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah. Mampu mengatasi batuk dan sakit kerongkong serta mencegah pembentukan batu karang.

Teh Sauda Mengkudu.
Mengandungi seroine bahan penting bagi mengelakkan pertumbuhan tisu dalam badan menerusi tindak balas bahan kimia. Selain itu juga, ia berfungsi mengekalkan kesegaran dan kaya dengan bahan anti-oksidan. Mengandungi bahan sauda yang digunakan secara tradisional untuk mencerah kulit serta mampu merawat kencing manis, batuk, asma dan merawat keguguran rambut serta sakit otot juga mampu mengurangkan kolestrol dalam badan.

Teh Uncang Pegaga.
Mampu melancarkan perjalanan oksigen dalam badan. Dalam masyarakat melayu, daun pegaga biasanya di makan sebagai ulam kerana ianya sangat berkhasiat dan mampu mengelakkan daripada bengkak hati, demam, sakit tekak, asma, keputihan bagi kaum wanita, darah tinggi dan buasir.

Temuramah : wartawan Warta Perdana bersama Pengarah Urusan Namida Holdings Dato' Hj.Nordin Bin Hj.Ahmad



Monday, March 29, 2010

Pesakit Kencing Manis Kini Gembira


setelah bertahun-tahun menderita penyakit kencing manis, akhirnya Teh Merah Roselle membantu menormalkan kadar gula dalam darah pesakit. cubalah sendiri!

Remaja Aktif - Meningkat Stamina Dan Daya Tahan Tubuh

Aktif sukan dan sering keletihan, lenguh² badan, sering berpeluh, naik jerawat dimuka, kejang otot, itu yang sering dialami remaja aktif masa kini. Bangun seawal jam 6 pagi, bersiap ke kolej, sibuk dengan assignment dan persediaan presentation, pelbagai aktiviti di kolej, persatuan dan kelab-kelab, bersukan setiap petang, bermain futsal dan bola jaring. di malam hari kembali mengulangkaji pelajaran, meluangkan masa bersama keluarga, bantu adik-adik membuat kerja sekolah. semua ini amat meletihkan.

Teh Merah Rossele membantu meningkatkan stamina daya tahan tubuh. Menormalkan kandungan gula dalam darah, menurunkan hipertensyen dan kolestrol dalam badan serta penjagaan kehalusan kulit dan melambatkan kedutan. Cubalah!

Wednesday, March 24, 2010

Part-time PROMOTER

Tarikh : 8th – 14th April 2010
Tempat : Giant Seksyen 13 Shah Alam

Part-time PROMOTER wanita diperlukan untuk menjaga booth di Giant Shah Alam selama 7 hari bermula 8th – 14th April 2010.
Shift Pagi : 9.30am – 6.00pm
Shift Petang : 2.00pm – 10.30pm
Bayaran sebanyak RM30.00 sehari (akan dibayar setiap hari) beserta komisyen jualan.
Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Farah / Hafidz ditalian 03- 5191 1333 atau email butiran diri di marketing@namidaholdings.com

Roselle dan kelebihannya..

Kebaikan teh Roselle ini antara lain dapat membantu :

* Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh.
* Menormalkan kadar gula dalam darah.
* Menurunkan hipertensen dan kolesterol dalam badan.
* Baik untuk perokok kerana dapat mengurangi bahan negatif dari Nikotin serta dapat membasmi virus TBC serta mencegah serangan kanser.
* Mengatasi batuk dan sakit kerongkong.
* Penjagaan kehalusan kulit dan melambatkan kesan-kesan kedutan pada kulit.
* Dapat mengimbangi erat badan, sesuai untuk program diet.
* Melindungi dari jangkitan kuman, bakteria, virus serta dapat mengubati keracunan.
* Mempercepat pertumbuhan kanak-kanak, kerana mengandungi OMEGA-3 yang menggerakkan pertumbuhan DHA.
* Memperbaiki metabolisme tubuh, memperlambat menopouse dan tulang rapuh.
* Mencegah pembentukan batu karang.

Cubalah sendiri...!!!

keratan akhbar mengenai Namida Holdings dan produk-produk dipasaran

Dato' Nordin Bin Hj.Ahmad & Isteri, Datin Hajah Midah di Majlis Pelancaran Produk Namida - Teh Merah Roselle, Teh Sauda Mengkudu & Teh Uncang Pegaga.


memperkenalkan Teh Uncang terhangat dipasaran!

Tiga produk keluaran Namida Holdings merupakan produk kesihatan teh herba yang diekstrak daripada tumbuhan herba berasaskan pegaga, roselle dan mengkudu. Khasiat yang terkandung telah diakui sejak berkurun-kurun dahulu. Maka, menyedari kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam tumbuhan herba, maka Namida Holdings muncul bersama tiga buah produk iaitu Teh Merah Roselle, Teh Sauda Mengkudu dan Teh Uncang Pegaga dalam bentuk pek. Setiap pek mengandungi 25 uncang teh yang mampu memberikan kesan baik kepada kesihatan.