Friday, July 15, 2011
International Islamic Consumer Fair 2011
Namida Holdings telah menyertai pameran antarabangsa IICF 2011 di Mid Valley Echibition Hall sepanjang 3 hari bermula 8 Julai sehingga 10 Julai 2011 untuk mempromosikan produk terbaru syarikat, COFFEE AIR MOLEK.
Monday, July 4, 2011
Jawatan Kosong : Marketing Coordinator!
Jawatan Kosong : Marketing Coordinator | Lokasi : Pejabat Urusan Namida Holdings Alam Megah Industrial Sek 27 Shah Alam | Kerja 5 Hari Seminggu (Isnin-Jumaat) | SPM | Perempuan | Jawatan Tetap | Mempunyai Kenderaan Untuk Urusan Bank, Check Stock dan Assist Marketing Exec| Lain-Lain Tugasan : Simple Report, Update Client Database, Update Stock | Gaji RM1000 + RM100 (Attn Allowance) + Mileage + OT + Bonus Tahunan + Medical, dll. | Hantar Resume ke : admin@namidaholdings.com atau hubungi 03-5191 1333 (Farah/Adibah)
Tuesday, June 21, 2011
Dapatkan Coffee Air Molek Di Pasaraya HERO
Berita Baik!
Coffee Air Molek Kini Di 8 Cawangan Pasaraya HERO. Dapatkan Coffee Air Molek Di Mana-Mana Pasaraya Hero Berhampiran Anda.
1. HERO Alam Megah
2. HERO Seksyen 13 Shah Alam
3. HERO Taman Dagang, Ampang
4. HERO Wangsa Maju
5. HERO Kg Subang
6. HERO Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
7. HERO Puchong
8. HERO Meranti Jaya
Tuesday, May 3, 2011
Khasiat dan Kebaikan Kopi
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selepas madu dan susu. Cuba lihat Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun,menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. Jika dulu teh kebiasaannya digemari orang tua, sekarang peminum kopi tertinggi ialah mereka berusia 18-39 tahun.
Mari kita lihat kebaikan kopi.
1-Kandungan kafein dalam kopi
Kopi selama ini dianggap sebagai minuman yang berguna untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar (1 - 3 cawan), tubuh kita akan menjadi segar, bergairah, daya pikir lebih cepat, tidak mudah lelah atau pun mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan mempersempit pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.
Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar berlebihan selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan mengambil 3 cawan kopi sehari, tubuh orang gemuk termobilisasi untuk membakar lebih banyak lemak selama bersenam. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak. Jika tidak,lain pula jadinya.
2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak
Kajian di Barcelona,Sepanyol menunjukkan bahawa dengan mengambil secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan
Jurnal Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.
3-Kandungan Antioksida dalam kopi
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.
Namun hakikatnya, sebelum kopi menempa populariti di US, kopi sebenarnya telah menjadi minuman harian di kebanyakan negara lain termasuklah Malaysia. Kini, populariti kopi di US menjadi pemangkin kepada lebih banyak kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh saintis untuk melihat kebaikan dan keburukan di sebalik minuman dari buah kopi yang berwarna kemerahan apabila masak.
Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.
Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik.“Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar.“Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan.“Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.
Mulai hari ini pastikan stok kopi sentiasa mencukupi untuk kita - dipetik dari : http://naslive.blogspot.com
Thursday, April 14, 2011
Sijil Pengesahan Halal Produk Namida
Terkini : Coffee Air Molek. Debaran Detik Perlancaran!
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog Namida Holdings. Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan melancarkan produk terbaru syarikat kami tidak lama lagi. Kami berharap semuanya akan berjalan lancar dan dapat berikan hasil yang terbaik buat anda semua.
Coffee Air Molek adalah ramuan terbaik dari biji kopi terpilih dengan keharuman aroma yang memukau, anda pasti terpesona dengan kelazatannya. Dengan kehebatan biji kopi Robusta, biji kopi terbaik yang telah kami pilih untuk menjadikan Coffee Air Molek ini menepati citarasa anda.
Pengarah Urusan kami, YB Datuk Hj Nordin Hj Ahmad bakal melancarkan produk baru kami sekitar May ini. Persiapan sedang dijalankan dan kami tidak sabar untuk bertemu anda diseluruh pelusuk negara. Perlancaran akan bermula dari negeri Melaka, Johor, dan seterusnya akan ke KL, Selangor, Negeri Sembilan, sehinggalah ke utara dan pantai timur semenanjung. Kami juga akan melebarkan sayap ke Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia, Insya'allah. kami berdoa agar semuanya berjalan lancar. Sokongan dari semua pihak, terutama 'anda' amat kami hargai.
Monday, March 7, 2011
Tawaran March 2011 : RM10 Sahaja!!!
RM10 Sekotak. March Ini, Tawaran Kami Terhad Kepada 100 Kotak Sahaja. Dapatkan Stock Roselle, Mengkudu atau Pegaga yg asli dari kami Sebelum 31 March Ini. Hanya 100 kotak terakhir buat pelanggan kami. Dapatkan terus di Pejabat Urusan kami di No.100, Jalan Kapar 27/89, Megah Indah Industrial, Taman Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam. Atau hubungi kami ditalian 03-5191 1333. Atau boleh juga layari www.namidaholdings.com bagi pembelian online. Penghantaran adalah percuma bagi pelanggan-pelanggan di semenanjung Malaysia. Jangan lepaskan peluang. Hanya RM10 sekotak!
Tuesday, February 1, 2011
Tawaran RM10 Terhad Sehingga March 2011 Sahaja!
Berita Baik!
Dapatkan Mana-mana Produk Mengkudu, Roselle Atau Pegaga Dengan Harga RM10 Setiap Satu! Hubungi Namida Holdings 03-5191 1333 Untuk Maklumat Lanjut.
Tuesday, January 11, 2011
Tawaran Hebat Untuk Pengedar Baru
Kami Menawarkan 50% Diskaun Bagi 50 Pengedar Pertama Bagi Tahun 2011 Ini. Jangan Lepaskan Peluang! Mulakan Perniagaan Anda Hari Ini. Untuk Maklumat Lanjut, Hubungi Namida Holdings 03-5191 1333
Monday, January 10, 2011
Jualan Penutup Akhir Tahun - Perhimpunan Agong UMNO 2010 PWTC
Acara penutup jualan bagi tahun 2010, Namida Holdings telah membuat jualan besar-besaran sempena Perhimpunan Agong UMNO 2010 di PWTC baru-baru ini. Alhamdulillah, kesemua stock berjaya dihabiskan dalam masa 5 hari berlangsungnya persidangan tersebut.
2011 membawa lembaran baru bagi Namida Holdings. Nantikan packaging terbaru dari kami pada 2011 ini. Tahun ini kami lebih menumpukan kepada expo dan exhibition besar sebagai target jualan 2011. Diharap ianya dapat memperkenalkan produk tempatan kita ke peringkat antarabangsa. Yang pastinya, kualiti produk kami sentiasa menjadi keutamaan kerana kami prihatin terhadap keperluan anda.
2011 membawa lembaran baru bagi Namida Holdings. Nantikan packaging terbaru dari kami pada 2011 ini. Tahun ini kami lebih menumpukan kepada expo dan exhibition besar sebagai target jualan 2011. Diharap ianya dapat memperkenalkan produk tempatan kita ke peringkat antarabangsa. Yang pastinya, kualiti produk kami sentiasa menjadi keutamaan kerana kami prihatin terhadap keperluan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)